*** KAMI WARGA PKG JOHOL MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KE WEB PKG JOHOL - TERIMA KASIH ***
Welcome Guest!
Friday, 29/03/2024, 02.33.45 | Main | Registration | Login | RSS

Infinite Menus, Copyright 2006, OpenCube Inc. All Rights Reserved.
Laman Utama
Pautan
 
Infinite Menus, Copyright 2006, OpenCube Inc. All Rights Reserved.
Sembang Majlis


Statistik

Total online: 1
Guests: 1
Users: 0
Warta PKG

Pengurusan STS


Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, setiap log masalah yang didaftarkan ke dalam sistem pengurusan log STS perlu diisikan 
No DHM (No. Daftar Harta Modal) aset (sekiranya ada). Misalnya, log masalah hardware seperti kerosakan kad grafik atau monitor pada
komputer perlu didaftarkan dengan mencatat No DHM komputer berkenaan dalam sistem (sila rujuklampiran emel). Untuk kes sedemikian
adalah wajib No DHM didaftarkan kerana hanya komputer hak milik kerajaan yang layak diserenggarakan.
3. No. DHM ini juga akan digunakan untuk dihubungkan dengan sistem inventori yang bakal dibangunkan untuk memberi profil lengkap 
sesuatu aset khususnya peralatan ICT.
4. Sehubungan ini, setiap log/tiket masalah STS hanya adalah untuk satu komputer sahaja. Jika pihak sekolah ingin mendaftarkan 
TIGA (3) kerosakan monitor yang melibatkan TIGA mesin komputer yang berlainan, maka TIGA (3) log/tiket masalah perlu diwujudkan.
5. Sebaliknya, jika terdapat tiga (3) kerosakan pada monitor, keyboard dan CDROM untuk SATU komputer yang SAMA maka hanya SATU 
tiket sahaja yang perlu diwujudkan. Kategori kerosakan yang perlu dipilih adalah untuk
 komponen yang paling mahal. Misalnya, untuk kes ini, kategori masalah adalah monitor.
6. Dengan itu, saya memohon kerjasama tuan/puan untuk memantau log masalah masing-masing dan jika terdapat keadaan di mana satu
 tiket mengandungi masalah yang melibatkan lebih daripada satu PC (contohnya 3 PC) maka tindakan berikut perlu dilaksanakan;
 a) Pegawai Meja Bantuan di PKG perlu menelefon dan meminta kerjasama guru
 untuk mendaftarkan semula masalah-masalah tersebut dengan mewujudkan tiga (3) tiket berasingan.
 b) Pegawai Meja Bantuan di BTPN perlu dihubungi dan dimaklumkan supaya tiket yang asal itu dipadamkan daripada sistem.

7. Selain daripada perkara di atas, saya juga ingin memohon kerjasama semua pegawai Meja Bantuan di PKG khususnya untuk
 memantau log masalah sekolah masing-masing setiap hari.
Setiap log perlu diambil tindakan seperti
 a) Buat panggilan ke sekolah untuk mengesahkan kerosakan yang dihadapi.
 b) Tukarkan status log daripada "Open" kepada "In-progress".
 c) Jika disahkan masalah memerlukan gantian hardware, terus agihkan log masalah tersebut kepada BTPN.
 8. Untuk makluman tuan/puan, buat masa kini, kebanyakan status log dalam STS adalah "Open" iaitu PKG belum lagi mengambil maklumat 
akan masalah yang telah dilaporkan oleh pihak sekolah. Status ini perlu dilaporkan dalam Mesyuarat JPICT KPM pada minggu depan dan
saya berharap tindakan
 segera daripada pihak tuan/puan untuk membaiki status log "Open" dan "In-progress" akan dilaksanakan secepat mungkin.
 
Sekian, terima kasih.
 
Saya yang menjalankan tugas,
Liew
Sektor Meja Bantuan BTP.

 



Daftar Masuk
Carian

Hebahan Terkini


Perkara :Bengkel Pembinaan Blog PSS Ahli PKG Rembau dan PKG Kota

Tarikh : 21 & 22 April 2009


Masa : 8.00 pg - 5.00 ptg.


Tempat :PKG Rembau


Sasaran : Semua GPM Sekolah Ahli PKG Rembau dan PKG Kota


Turut Hadir : En. Kamarulzaman bin Hj. Ayob


* * * * * * * * * *



Kalendar
«  March 2024  »
SuMoTuWeThFrSa
     12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31

Waktu Solat


Arkib

Capaian KE WEB Lain
  • URL Laman WEB
  • Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis | Hak Cipta | Pasukan WEB
    Hak Cipta Terpelihara 2009
    Pusat Kegiatan Guru Johol, d/a SK Undang Johol , 73100 Johol, N. Sembilan D. Khusus
    Tel : 06 - 4368186 Faks : 06 - 4369401 E-Mel : pkg_johol@moe.edu.my
    Penafian :
    Pusat Kegiatan Guru Johol Tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan
    atau kerosakan akibat penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman WEB ini.