Pengumuman - 17 April 2009 - PKG Johol


*** KAMI WARGA PKG JOHOL MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KE WEB PKG JOHOL - TERIMA KASIH ***
Welcome Guest!
Sunday, 11/12/2016, 20.46.07 | Main | Registration | Login | RSS

Infinite Menus, Copyright 2006, OpenCube Inc. All Rights Reserved.
Laman Utama
Pautan
 
Infinite Menus, Copyright 2006, OpenCube Inc. All Rights Reserved.
Sembang Majlis


Statistik

Total online: 1
Guests: 1
Users: 0
Main » 2009 » April » 17 » Pengumuman
Pengumuman
23.29.03

>>>>>>>>>> System Ticketing Services (STS)


Tuan/Puan,
 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 2. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, setiap log masalah yang
didaftarkan ke dalam sistem pengurusan log STS perlu diisikan No DHM (No.
Daftar Harta Modal) aset (sekiranya ada). Misalnya, log masalah hardware
seperti kerosakan kad grafik atau monitor pada komputer perlu didaftarkan
dengan mencatat No DHM komputer berkenaan dalam sistem (sila rujuk
lampiran emel). Untuk kes sedemikian adalah wajib No DHM didaftarkan
kerana hanya komputer hak milik kerajaan yang layak diserenggarakan.
 
3. No. DHM ini juga akan digunakan untuk dihubungkan dengan sistem
inventori yang bakal dibangunkan untuk memberi profil lengkap sesuatu aset
khususnya peralatan ICT.
 
4. Sehubungan ini, setiap log/tiket masalah STS hanya adalah untuk satu
komputer sahaja. Jika pihak sekolah ingin mendaftarkan TIGA (3) kerosakan
monitor yang melibatkan TIGA mesin komputer yang berlainan, maka TIGA (3)
log/tiket masalah perlu diwujudkan.
 
5. Sebaliknya, jika terdapat tiga (3) kerosakan pada monitor, keyboard dan
CDROM untuk SATU komputer yang SAMA maka hanya SATU tiket sahaja yang
perlu diwujudkan. Kategori kerosakan yang perlu dipilih adalah untuk
komponen yang paling mahal. Misalnya, untuk kes ini, kategori masalah
adalah monitor.
 
6. Dengan itu, saya memohon kerjasama tuan/puan untuk memantau log masalah
masing-masing dan jika terdapat keadaan di mana satu tiket mengandungi
masalah yang melibatkan lebih daripada satu PC (contohnya 3 PC) maka
tindakan berikut perlu dilaksanakan;
a) Pegawai Meja Bantuan di PKG perlu menelefon dan meminta kerjasama guru
untuk mendaftarkan semula masalah-masalah tersebut dengan mewujudkan tiga
(3) tiket berasingan.
b) Pegawai Meja Bantuan di BTPN perlu dihubungi dan dimaklumkan supaya
tiket yang asal itu dipadamkan daripada sistem.
 
7. Selain daripada perkara di atas, saya juga ingin memohon kerjasama
semua pegawai Meja Bantuan di PKG khususnya untuk memantau log masalah
sekolah masing-masing setiap hari. Setiap log perlu diambil tindakan
seperti
a) Buat panggilan ke sekolah untuk mengesahkan kerosakan yang dihadapi.
b) Tukarkan status log daripada "Open" kepada "In-progress".
c) Jika disahkan masalah memerlukan gantian hardware, terus agihkan log
masalah tersebut kepada BTPN.
 
8. Untuk makluman tuan/puan, buat masa kini, kebanyakan status log dalam
STS adalah "Open" iaitu PKG belum lagi mengambil maklumat akan masalah
yang telah dilaporkan oleh pihak sekolah. Status ini perlu dilaporkan
dalam Mesyuarat JPICT KPM pada minggu depan dan saya berharap tindakan
segera daripada pihak tuan/puan untuk membaiki status log "Open" dan
"In-progress" akan dilaksanakan secepat mungkin.
 
Sekian, terima kasih.
 
Saya yang menjalankan tugas,
Liew
Sektor Meja Bantuan BTP.



Bengkel Pembinaan Blog (Blogger) akan diadakan seperti butiran di bawah ini:-

Tarikh : 21 dan 22 April 2009 ( Selasa dan Rabu )
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : PKG Rembau
Sasaran : Semua GPM PKG Rembau dan PKG Kota
Peralatan : Laptop yang dilengkapi capaian internet (WIFI)


>>>>>>>>>>Bengkel Blog

Bengkel Pembinaan Blog (Blogger) akan diadakan seperti butiran di bawah ini:-

Tarikh : 16 dan 17 April 2009 ( Khamis dan Jumaat )
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : PKG Johol
Sasaran : Semua GPM PKG Johol
Peralatan : Laptop yang dilengkapi capaian internet (WIFI)
Muat Turun Nota : Klik Di Sini

>>>>>>>>>>Pemurnian Teknopen 2009

Mesyuarat Pemurnian Teknopen 2009 akan diadakan seperti butiran di bawah ini:-

Tarikh : 15 April 2009 ( Rabu )
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : PKG Mantin
Sasaran : Semua PTP 1 dan PTP 2

>>>>>>>>>>Bengkel Blog

Bengkel Pembinaan Blog (Blogger) akan diadakan seperti butiran di bawah ini:-

Tarikh : 7 dan 8 April 2009 ( Selasa dan Rabu )
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : PKG Kuala Pilah
Sasaran : Semua GPM PKG Kuala Pilah
Peralatan : Laptop yang dilengkapi capaian
internet (WIFI)
Gambar Foto : Klik Di sini
    

>>>>>>>>>>Juru Teknik FT 17

PKG Johol mengucapkan selamat datang kepada En. Rizal ke tempat baru sebagai Juru Teknik FT17. Sebelum ini beliau bertugas sebagai Juru Teknik FT 17 di Hospital Seremban.

>>>>>>>>>>Satu Item Satu Tiket

Perhatian  kepada semua guru ICT di Kawasan PKG Johol:

Dimaklumkan bahawa, atas arahan Mr. Liew BTP KL mengatakan bahawa hanya satu item untuk satu tiket sahaja. Jika didapati pihak sekolah menghantar lebih dari satu item untuk satu tiket, pihak BTP KL tidak teragak-agak untuk "meresetkan" sekolah tersebut dalam sistem STS. Ini bermakna pihak seklolah belum lagi atau tidak menghantar laporan kerosakan alatan ICT.

Sekian Terima kasih.

>>>>>>>>>>EDU  WEB TV

Perhatian  kepada semua guru ICT di Kawasan PKG Johol:

Dimaklumkan bahawa, Bengkel EDU WEB TV yang dijadualkan pada 01/04/2009 akan ditangguhkan. Tarikh yang baru akan dimaklumkan kemudian.

Sekian Terima Kasih.

>>>>>>>>>>Lanjutan Tarikh Pemantauan ICT

Perhatian  kepada semua guru ICT di Kawasan PKG Johol:

Pihak BTP telah memaklumkan, bahawa pemantauan ICT secara on-line akan dilanjutkan sehigga 30 mac 2009.

Jumlah Sekolah                           :     17 buah sekolah
Jumlah Sekolah Siap Menjawab      :      17 buah Skeolah
Peratus Siap Menjawab                :      100%

Terimah Kasih di atas segala kerjasama yang diberikan.

>>>>>>>>>>Pendaftaran Guru ICT dan GPM

Adalah dimaklumkan bahawa semua guru ICT dan GPM dikehendaki mengisi borang seperti di bawah.


Sekian Terima Kasih.

Views: 562 | Added by: pkgjohol | Rating: 0.0/0 |
Total comments: 0
Only registered users can add comments.
[ Registration | Login ]
Daftar Masuk
Carian

Hebahan Terkini


Perkara :Bengkel Pembinaan Blog PSS Ahli PKG Rembau dan PKG Kota

Tarikh : 21 & 22 April 2009


Masa : 8.00 pg - 5.00 ptg.


Tempat :PKG Rembau


Sasaran : Semua GPM Sekolah Ahli PKG Rembau dan PKG Kota


Turut Hadir : En. Kamarulzaman bin Hj. Ayob


* * * * * * * * * *



Kalendar
«  April 2009  »
SuMoTuWeThFrSa
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930

Waktu Solat


Arkib

Capaian KE WEB Lain
  • URL Laman WEB
  • Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis | Hak Cipta | Pasukan WEB
    Hak Cipta Terpelihara 2009
    Pusat Kegiatan Guru Johol, d/a SK Undang Johol , 73100 Johol, N. Sembilan D. Khusus
    Tel : 06 - 4368186 Faks : 06 - 4369401 E-Mel : pkg_johol@moe.edu.my
    Penafian :
    Pusat Kegiatan Guru Johol Tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan
    atau kerosakan akibat penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman WEB ini.