Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, setiap log masalah yang
didaftarkan ke dalam sistem pengurusan log STS perlu diisikan No DHM (No.
Daftar Harta Modal) aset (sekiranya ada). Misalnya, log masalah hardware
seperti kerosakan kad grafik atau monitor pada komputer perlu didaftarkan
dengan mencatat No DHM komputer berkenaan dalam sistem (sila rujuk
lampiran emel). Untuk kes sedemikian adalah wajib No DHM didaftarkan
kerana hanya komputer hak milik kerajaan yang layak diserenggarakan.
3. No. DHM ini juga akan digunakan untuk dihubungkan dengan sistem
inventori yang bakal dibangunkan untuk memberi profil lengkap sesuatu aset
khususnya peralatan ICT.
4. Sehubungan ini, setiap log/tiket masalah STS hanya adalah untuk satu
komputer sahaja. Jika pihak sekolah ingin mendaftarkan TIGA (3) kerosakan
monitor yang melibatkan TIGA mesin komputer yang berlainan, maka TIGA (3)
log/tiket masalah perlu diwujudkan.
5. Sebaliknya, jika terdapat tiga (3) kerosakan pada monitor, keyboard dan
CDROM untuk SATU komputer yang SAMA maka hanya SATU tiket sahaja yang
perlu diwujudkan. Kategori kerosakan yang perlu dipilih adalah untuk
komponen yang paling mahal. Misalnya, untuk kes ini, kategori masalah
adalah monitor.
6. Dengan itu, saya memohon kerjasama tuan/puan untuk memantau log masalah
masing-masing dan jika terdapat keadaan di mana satu tiket mengandungi
masalah yang melibatkan lebih daripada satu PC (contohnya 3 PC) maka
tindakan berikut perlu dilaksanakan;
a) Pegawai Meja Bantuan di PKG perlu menelefon dan meminta kerjasama guru
untuk mendaftarkan semula masalah-masalah tersebut dengan mewujudkan tiga
(3) tiket berasingan.
b) Pegawai Meja Bantuan di BTPN perlu dihubungi dan dimaklumkan supaya
tiket yang asal itu dipadamkan daripada sistem.
7. Selain daripada perkara di atas, saya juga ingin memohon kerjasama
semua pegawai Meja Bantuan di PKG khususnya untuk memantau log masalah
sekolah masing-masing setiap hari. Setiap log perlu diambil tindakan
seperti
a) Buat panggilan ke sekolah untuk mengesahkan kerosakan yang dihadapi.
b) Tukarkan status log daripada "Open" kepada "In-progress".
c) Jika disahkan masalah memerlukan gantian hardware, terus agihkan log
masalah tersebut kepada BTPN.
8. Untuk makluman tuan/puan, buat masa kini, kebanyakan status log dalam
STS adalah "Open" iaitu PKG belum lagi mengambil maklumat akan masalah
yang telah dilaporkan oleh pihak sekolah. Status ini perlu dilaporkan
dalam Mesyuarat JPICT KPM pada minggu depan dan saya berharap tindakan
segera daripada pihak tuan/puan untuk membaiki status log "Open" dan
"In-progress" akan dilaksanakan secepat mungkin.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan tugas,
Liew
Sektor Meja Bantuan BTP.